pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, August 9, 2011

NUR KASIH THE MOVIE,KASIH YANG SETIA MERUNTUN HATI


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

akhirnya dapat juga CITH menyewa DVD NUR KASIH THE MOVIE(NKTM) meskipun sudah lama filem ini berlalu di pasaran.maklumlah,CITH sekarang hanya mampu menonton di rumah sahaja.sebagai menyokong anti cetak rompak,terpaksalah CITH tunggu yang original lama sikit!(foto oleh:GOOGLE.COM)

apa yang best?tak tahulah pada kalian macam mana.bila CITH tanyakan pada Sakinah-dia kata adalah sedih sikit.tanya Kak Cik CITH pun sama.cuma dia kata,filem ni macam slow berbanding dan kurang ummph berbanding dalam drama yang membuatkan penonton sentiasa tertanya-tanya dan nak ikut flow plot cerita dengan tak sabarnya.

CITH pulak;1.filem ni memang tak sama dengan drama di TV.kalau kita buat perbandingan maka akan rasa tak best tu tapi cuban jangan buat sebarangan perbandingan.anggap ini satu yang baru!

2.senifotografi yang memang cantik.ini satu kelebihan Kabir Bhatia.pengambaraan di Jordan memang super!terus kita rasa jatuh cinta nak pergi sana.melihat sendiri kesan peninggalan sejarah lama.

3.plot cerita-mulanya bergerak agak slow juga.memang pun,mula tu tertidur sekejap CITH menontonnya...lepas tu tengok sekali lagi seorang diri baru menghayati.biasalah filem berkonsep melodrama agak perlahan di awalnya tetapi menuntut penghayatan sepenuhnya penonton untuk sampai ke klimaks dan seterusnya sehingga penamat.

4.garapan yang bagi CITH meruntun juga hati ini tatkala melihat Nur yang beriya mencari Adam,ketika Adam bersama maknya untuk mengenang kembali memoir mereka sebelum Adam pergi untuk selama-lamanya.entahlah...mengalir jugaklah air mata ni..huhu

bagi CITH,filem ni masih bagus lagi dan memang sesuai untuk tontonan keluarga.yelah tiada adegan yang over untuk dipersoalkan kewajarannya.lontaran dan penghayatan pelakon itu yang secara sendiri akan membuatkan perasaan sedih itu terasa.

CITH:memang benar,sangat sukar untuk menghadapi saat perpisahan dengan orang tersayang-Aidil kehilangan Alia,Nur kehilangan anak yang dikandung dan seterusnya suami yang dicintai...kehilangan tersebut membuatkan kasih antara mereka tidak putus.huhu...

ALAHAI...

2 comments:

  1. baru tengok last week.... bagi Chik Na ceritanya agak slow tapi ok lah...

    ReplyDelete
  2. o ye? nmpknya kita ni sama ketinggalan lah ye! hihi..yelah Chik Na,slow skitkan citer dia.mmg tgok nak tdo rasanya.tapi tgok sekali lagi baru ok..hihi

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala