pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, August 17, 2011

BENDERA,SARUNG KETUPAT DAN LAGU BERLAWAN SEMPENA MERDEKA-RAYA




Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sebelum-sebelum ni kita pernah bertembung raya dengan Tahun Baru Cina menjadikan KONGSI-RAYA,kemudian dengan Deepavali menjadikan DEPA-RAYA dan tahun ini raya kita bertembung dengan hari kemerdekaan negara yang menjadikan MERDEKA-RAYA.

ini menjadikan setiap satu ikon berlawan antara satu sama lain untuk menaikkan aura merdeka mahu pun hari raya.apa tidaknya,kalau selalu nak merdeka sibuk kita pusat pasaraya memasang bendera,tapi tahun ni terpaksa berlawan nak memasang sarung ketupat pulak!yelah mana nak pasang bendera,mana nak pasang sarung ketupatkan.tapi nampaknya lebih banyak kelihatan sarung ketupat.CITH hanya pasang bendera jelah! hihi...

bukan tu saja,lagu patriotik juga terpaksa berhadapan dengan lagu raya yang sememangnya memenuhi ruang di mana jua berada.rasanya pihak media khususnya TV dan Radio pun pening juga nak putarkan lagu apa.nak lagu raya ke? nak lagu patriotik.yelah dua-dua ni mempunyai aura dan signifikasinya tersendiri.kalau kata lagu patriotik,biasanya lagu arwah Sudir,Roy,Aishah antara yang biasa berkumandang.manakala lagu raya biasa yang popular daripada arwah P Ramlee,arwah Sudir,M Nasir dan banyak lagi.

CITH:apa pun MERDEKA-RAYA tahun ini masing-masing tetap mempunyai erti tersendiri.semangat nasionalisme,semangat nak raya bersatu kerana kedua-duanya nak meraikan hari kemenangan.kemenangan daripada penjajah dan kemenangan daripada melawan nafsu dan godaan syaitan.

ALAHAI...


2 comments:

  1. Talian internet lembap. @ hr tak layan blog. Alahai..
    Dah mula buat kuih raya cuti Nuzul semalam . Dapatlah 2 jenis . Mazola dan Biskut Suji.

    Chempaka mcm mana? Dah mula?

    ReplyDelete
  2. saya ni ulang tayang wat sarang semut.buat dua botol dah abis sebotl,buat lagi.yg lain tu tnjuk2 je kak...hihi

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala