pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Sunday, August 7, 2011

SEMINGGU BERPUASA,PERSIAPAN MULA SIBUK

Assalammulaikum semua pengunjung CITH,selamat berhujung minggu dengan orang tersayang

hari ni bakal hari ketujuh kita berpuasa.tahun ni senang nak kira sebab 1 Ramadan jatuhnya = 1hb Ogos.harapnya diberikan kekuatan dan kesempatan untuk menyelesaikannya sehingga tamat.

semalam CITH ke City One Plaza mencari keperluan pakaian Bollywood untuk kami anak beranak.hihi...orang sibuk nak cari baju raya,CITH pulak sibuk nak cari baju Bollywood.kenapa?bulan ni adalah bulan kebangsaan,jadinya di sekolah Sakinah ada pertunjukkan pakaian 1 Malaysia.dia ni nak sangat bergaya ala Bollywood,jadinya terpaksa ikutkan lah...

apa yang CITH nampak semalam...mak aii...ramainya orang sekitar Jalan TAR,Semua House dan kawasan sekitar.semua ramai orang!bahang nak raya dah terasa.lagu raya pun dah berkumandang.kuih raya? emmm...memang berlambak.mana-mana pun ada.baju raya,tudung raya...semualah.sampaikan nak cari parking pun susah.CITH ni nasiblah ada Kak CIk CITH yang jadi driver,bolehlah nak "cilo-cilok" sikit.

kesempatan cuti hujung minggu nampaknya memang digunakan untuk bershopping.CITH hanya jadi penonton ajelah...tak sanggup nak berdepan dengan kaedaan bersesak begitu.bagi orang lain mungkin kalau tak turun ke Jalan TAR tu tak sah,tapi bagi CITH...tak turun ke situ alamat dapat elakkan godaan mata! hihi...

ALAHAI...

2 comments:

  1. Tiap tahun, jalan TAR memang ramai org nak beli persiapan raya...nak cari parking pun susah...transprt awam jugak la jd pilihan...hehe

    ReplyDelete
  2. mmg pun..tak sah ye klu tk jengah di Jln TAR tu..hihi

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala