Assalammulaikum semua pengunjung CITH...
petang semalam,Kak Cik CITH belanja CITH 3 beranak ni berbuka ala bufet.aduh...sebelum tu puas jugak 'skodeng' di internet harga bufet yang dikira berpatutan...emm...tengok-tengok semuanya atas RM50.fuh!tak boleh jadi...hihi...survey punya survey akhirnya jumpalah yang sesuai dengan bajet pihak penaja iaitu RESTORAN TERAPUNG NELAYAN TITIWANGSA.harga bufet untuk dewasa RM35 manakala kanak-kanak RM17.50.kira oklah tu.apa lagi terus CITH membuat tempahan melalui telefon dan disuruh datang awal iaitu dalam pukul 6 petang.
6.30 kami datang,mak aii...parking dah penuh.masuk tengok meja pun dah penuh.ada meja yang dah siap ambik makanan pun ada juga!dasyat...semangat nak berbuka ni.kalabu mata dek godaan pelbagai juadah yang disediakan.sebelum tu,emm...nak dapat tempat duduk kenalah beratur dulu untuk mendapat no meja dan kupan minuman.(beratur ambik no...) kalau dah booking,senang sikit cuma periksa nama dan bayar lepas tu dapatlah no meja kita.dek sebabkan CITH datang berempat sahaja,maka kami terpaksa berkongsi meja dengan famili yang lain.satu meja memuatkan 10 orang.share pun share lah! hihi....
sebaik saja kami ke meja yang disediakan,tengok atas meja dah penuh dengan hidangan.hidangan siapa lagi? hidangan untuk satu famili yang lebih awal daripada kami.nak buat cam ne?...Kak Cik CITH dan Sakinah lah yang berulang alik ambil makanan untuk kami.CITH ni dah "jem" dengan Hakimi.menu? seafood stimbot dan makanan Melayu.CITH hanya layan yang Melayu ajelah...hihi...yang seafood tu dah tentu Kak Cik,Sakinah dan Hakimi.terpaksalah Kak Cik CITH yang melayan diorang ni.(Hakimi dengan Mr Crab) maklumlah kita ni alah sikit dengan seafood ni.
apa yang menarik?menu yang banyak...macam-macam ada TAPI janganlah ikut nafsu.yelah time berpuasa ni semua nampak sedap.semua nak rasa,semua nak ambik.tapi bila dah berbuka,rasa satu dua jenis je dah pun kenyang.selebihnya?buang.ni lah orang kata tamak!(yang panas-panas)
dalam yang best tu ada jugak yang tak best-setiap tempat nak ambik makanan kena BERATUR!nak ambik air-beratur,(beratur nak ambik air laici kang) nak ambik nasi-beratur,nak ambik lauk-beratur,nak ambik sate-beratur.pendek kata semalam hari beratur sedunia!begitu berhemah warga Malaysia beratur.hihii...ni time macam nilah.kalau biasa-biasa tu...emmm....tak adanya nak berhemah beratur pun! banyak beratur ni ialah pada waktu "puncak" semua orang nak makan...lepas satu jam tu dah lega dah...solat pulak....
tak nak berebut ramai-ramai,kami makan relax sahaja.sampaikan jiran semeja dah balik,kami tak balik lagi.time nilah nak ambik makanan pun senang!makan perlahan-lahan kayuh!(dah lengang...)
CITH:ok,layan lah gambar yang sempat CITH snap sambil melayan si kecik CITH ni...satu yang tak tahan-penat BERATUR!
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
August
(39)
- TERIMALAH DARIPADA SAYA
- PASAL DUIT RAYA YANG TERLEPAS PANDANG
- LIMA PERKARA YANG SEMUA MAHUKANNYA TAPI KENA BUAT
- MANA-MANA ORANG DAH MULA RAMAI,BIASALAH KL
- APABILA MOOD RAYA SUDAH DIRASAI...MACAM-MACAM RASA...
- NASI BERYANI GAM JOHOR TAK PERLU PERGI JAUH.GAMNYA...
- BERAYA DI KG ANTARA SEMASA DAN TIADA MAK AYAH
- EMAS DULU,KINI DAN AKAN DATANG,ANTARA HIASAN DAN P...
- HARI RAYA DAN SAMPUL DUIT RAYA BAGAI LAGU DAN IRAMA
- BERAMBUT BARU BIAR DEMAM PERGI JAUH-JAUH
- PABILA BODYGUARD KECIK DEMAM,TUMPUAN HANYA UNTUK DIA
- BENDERA,SARUNG KETUPAT DAN LAGU BERLAWAN SEMPENA M...
- POPIA PAK YA SETAHUN SEKALI PASTI NAK KENA
- Ini Kisahku - Wardina Saffiyah.mkv
- Video | Kisah Penghijrahan Wardina Safiyyah, Inila...
- DONUT GEBU AL JABAR KG PANDAN MAKAN SATU DAH TERASA
- ANTARA KEWAJARAN KAD RAYA DENGAN KEMUDAHAN IT
- MACAM DULU-DULU BERBUKA ALA KENDURI DI ASAM PEDAS...
- SEMUT DAH BERSARANG DI RUMAH,KAKI PUN DAH JADI BARU
- MUSIM NAK MAIN POP-POP DAN BUNGA API
- MATA SEPET PULAK PAGI NI...
- JEMPUTAN PERMATA SENI BERBUKA PUASA DI RUMAH PM
- KL-GUA YANG PUNYA DALAM KL GANGSTER! TIADA CINTAN ...
- BONUS SEPARUH GAJI,TUNGGU DAN LIHAT KENAIKAN HARGA...
- NUR KASIH THE MOVIE,KASIH YANG SETIA MERUNTUN HATI
- BUFET RAMADAN DI RESTORAN NELAYAN-KENA BERATUR SAJA.
- YINGLUCK SHINAWATRA LAKAR SEJARAH PERDANA MENTERI ...
- SEMINGGU BERPUASA,PERSIAPAN MULA SIBUK
- OTAK:BERPUASA TIDAK MENJEJASKAN PENYUSUAN BAYI
- BADAK BERENDAM KETIKA HUJAN DI PASAR RAMADAN
- JAWATAN KOSONG DI BULAN RAMADAN SAHAJA!
- NILAI RM 4 UNTUK SEBEKAS SAMBAL TEMPOYAK
- MASAKAN PEDAS ADA MANFAATNYA
- TERIMA KASIH ALLAH,SEMPAT JUGA
- PASAR RAMADAN PUKUL 3 PETANG DAN TEPUNG PELITA
- CERITA BUBUR LAMBUK MASJID AL ANSAR KERAMAT TAK KU...
- TIADA OKSIGEN DI HARI PERTAMA DI PASAR RAMADAN (P...
- ORANG DAN KUCING PUN PUASA DAN LETIH JUGA?
- SAHUR HARI PERTAMA MAKAN SEADANYA UNTUK DUA BERANAK
-
▼
August
(39)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
kalo sesetengah tempat tu, buffet ramadhan khas utk 2 jam jer.. kalo boleh dok lama2, mmg ranap ler makanan tu...hehehe
ReplyDeletehish dh byr mahal tu knelah duduk lama sikit hihi...baru berbaloi ..lagi pun enjin kancil dia slow pickup sikit...
ReplyDelete