pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, October 31, 2011

PENANGAN BAJU BIRU TAK DAPAT JADI PENGAWAS LAH MA...

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

CITH nak sharekan apa yang menjadi kemonyokkan Sakinah petang tadi sebaik saja balik sekolah.dah memang jadi perangai dia,bukak pintu kereta je mulut dah macam bertih goreng report itu ini kat mamanya ni.tapi dalam banyak citer tu,nampaknya ada satu yang CITH perasan ada lain macam saja nadanya.

apa tu? emm...rupanya frust pasal tak dapat jadi pengawas sekolah! member ni dah dua tahun tercalon tapi macam tulah calon saja tapi tak dapat jugak.dah 3 tahun memegang jawatan penolong kelas.nampak sangat kali ni dia macam sedikit jauh hati dengan guru kelasnya.

"ustazah kata,Ina banyak cakap,bising...tapi Ina bising tu sebab nak suruh budak-budak diam.ni ustazah pilih budak yang pendiam,gedik dapat jadi pengawas.Sakinah ni,ustazah tak pandang pun ma! kalau jaga kelas,baru suruh Sakinah.lepas ni Sakinah kena jadi pendiam kut tak pun jadi gedik-gedik baru dapat jadi pengawas..."

huh, emosinya sudah agak panas di situ!nampak ada nada kecewa yang makan dalam.CITH tak nak pasal dek ini,exam di sekolah agama akan terjejas.perjuangan masaih belum selesai lagi ni...risau dibuatnya.

CITH pun cakap macam ni kat dia;yelah orang tengah bengang kan...cakap kita pun dia agak payah nak ikut. "Na,tak pelah.agaknya ustazah tengok Sakinah tak jadi pengawas lagi pun Sakinah dah selalu keluar kelas.pergi menarilah,teater lah.pasal tu ustazah tak pilih Sakinah.dia nak Sakinah fokus pada bidang ni.tak semua boleh buat bidang ni Na.setakat pengawas berdiri jaga pintu tu,semua orang boleh buat.tapi menari?berlakon depan orang? boleh semua orang buat tak?...tak pe,Sakinah tak dapat jadi pengawas pun tak apa,yang penting kemajuan dalam pelajaran tu kenaa tunjuk."

emm...entahlah.CITH pun tak tahu apa 'eksklusifnya' baju biru itu berbanding yang warna putih.glamour kah?hebatkah?nampak baguskah?...entahlah.yang pastinya dulu,CITH dari sekolah rendah dah jadi pengawas sampailah ke sekolah menengah.mungkin dek kerana itu tak punya ramai orang yang suka.(orang lain ada gak bercinta monyet...CITH? sekor monyet pun tak sangkut! haha)

tapi memang CITH akui,dengan berbaju biru itu kita rasa lebih berketrampilan dan nampak 'satu macam di situ'.biarpun yang memakai itu datangnya dari kelas yang agak belakang tapi tetap nampak hebat.itulah penangan baju biru.nak jadi pengawas,jangan jadi pengganas...

ALAHAI...

PERIKSA TERAKHIR SESI 2011 SEBELUM NAK CUTI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

pagi ni hantar Sakinah sampai ke bilik darjah.hari ni,Sakinah menduduki peperiksaan PKSR 2 di sekolah agamanya.kalau hari exam,begitulah rutin CITH akan menghantar dia sampai ke depan pintu kelas.kalau biasa tu,drop aje kat pintu pagar sekolah lepas tu balik.inilah tanda sokongan moral yang CITH tunjukkan,moga ia menjadi semangat untuk dia.apa sahaja CITH buat untuk memberi dia sokongan dan semangat.selebihnya dia yang tentukan sendiri.

mengikut asal jadual,peperiksaan ni serentak dengan sekolah kebangsaan minggu lepas,tapi akhirnya ditunda ke minggu ini.lega pun lega lah sikit.maklumlah kalau serentak tu haru juga dibuatnya.yelah otak kena di'tune' sekejap ke rumi,sekejap ke jawi...

kalau macam ni,hadap satu perkara sahaja untuk diberikan penumpuan.mudah-mudahan yang telah diberikan keringganan ini menjana ingatan dan pemahaman yang baik.memang nampak semangat nak ke sekolah tu dah semakin "longlai"...hihi...penat katanya.apatah lagi buku teks pun dah nak kena pulangkan esok.tapi kata CITH; hadap yang satu ini sehingga tamat dan bersungguh-sungguh,habis exam ni ada manfaat yang menanti.(haha...projek jalan-jalan tak boleh beritahu awal,tidaknya asyik tanya dan tanya saja...)

tanyalah mana-mana mama sekalipun,pastinya nak yang terbaik buat anak-anak kan...tak kiralah besar atau kecik exam yang diduduki,perasaan itu tak mungkin hilang.keresahan dan gementar itu lebih dirasai oleh seorang mama berbanding anak.apa-apa pun selamat untuk semuanya.

ALAHAI...

Sunday, October 30, 2011

KATA HATI MATI,KATA RASA BINASA HABIS TU?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

kadang-kadang apa yang kita rasa betul di fikiran kita rupanya tidak semestinya betul pada orang lain yang melihat atau merasainya.kadang tu rasa dah cukup baik kita berkata,namun tidak begitu penerimaannya.macam-macamlah manusia ni kan...

kadang tu pulak dek kerana nak menjaga hatikah,maka kita terpaksa berpura untuk menjadi bukan diri kita sebenarnya.ibarat kata nak menjaga hati lah punya kes ni!setiap antara kita punyai hati yang ego.jangan kata tak ego waima ia sebesar zarah pun kalau ada,ia tetap bernama ego.ego untuk rasa diri betul,ego untuk rasa diri besar,ego untuk rasa diri betul,ego untuk dihormati dan 1001 rasa ego itu!entahlah...kenapa CITH cakap pasal ego ni pulak kan...aduh...aduh...sakit kepala tengok karenah orang!entahlah...dek kerana ego,terpaksa korbankan hati dan rasa...asalkan pihak yang satu lagi rasa menang.kalau menang itulah tanda kejayaan,ha-ambiklah! CITH kalungkan...tak ke mana semua itu....

benarlah kata orang-ikut hati mati.ikut rasa binasa...jadi fikir sendirilah untuk mengikut yang mana satu.kalau keduanya menjadi pilihan demi ego itu,teruskan.mungkin dek atas nama prinsip 'respect' atau lebih mudah dikatakan EGO itu memuaskan hati,maka silakanlah...memang sukarkah kita untuk kurangkan ego kita bahkan buang jauh-jauh daripada kita?sukarkah? sebab apa? sebab mahu orang pandang tinggi dekat kitakah,kita kena jadi macam tu...emmm

ALAHAI...

Saturday, October 29, 2011

MERANCANG PERCUTIAAN UNTUK MASA TERDEKAT

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.

semalam dapat tahu program Permata Seni Negara akan mula bergerak sebaik sahaja cuti sekolah bermula dan akan berakhir pada pertengahan Disember. huk..huk..tak berjalanlah lagi nampaknya! agrrrrrrrrrrrr.boleh rasa nak jerit sekejap!huhu...cool..cool.tarik nafas....

emmm...so malam tadi CITH bersembang dah dengan pakwe CITH-keputusan dicapai yang kami hanya pergi ke sana selepas habis program Sakinah dengan Permata Seninya.kalau kata seminggu pun,CITH tetap nak pergi sana jugak!

sebagai alternatif untuk meng'cover' perancangan cuti masa cuti sekolah nanti,maka malam tadi pakwe CITH serahkan untuk CITH menyusun program bercuti keluarga kami pada hari raya haji ni nanti.insya Allah,dia balik bercuti.

apa lagi,malam tadi sampai ke pagi tadi merisik dengan EN GOOGLE tempat-tempat yang difikirkan sesuai,dekat dan happening.cari punya cari,CITH dah boking satu malam di Legend Water Chalet Port Dickson,satu malam di K.M chalet di Kuala Sungai Baru dan satu malam lagi yang masih belum pasti.

kriteria pemilihan-swimming pool atau pantai,ada mainan untuk budak-budak dan tempat makan yang sedap.hihi...kali ni malas nak main masak-masak.pergi hanya untuk memenuhi masa keluarga sahaja.kata orang nak spend time sepenuhnya bersama anak-beranak,suami isteri.harapnya begitulah.

satu lagi yang belum pasti tu ingatnya nak ke Taiping-memenuhkan senarai zoo yang belum pernah pergi.setakat ini Zoo Melaka dan Zoo Negara je dah pergi.Zoo Taiping je yang tak pergi lagi.fridge magnet pun tak lengkap lagi ni! haha...tapi kata pakwe CITH,jauh pulak nak drive kalau setakat hari ni pergi,esok balik.emm...kita kenalah consider pada driverkan...tak pe,ada lagi senarai menunggu yang ada ni.antaranya Gambang Water City dan Genting Highlands.rupanya kat Genting pun dah ada kebun buah strawbery.bukan kat Cameron je ada.lepas tu pulak ada plan nak naik keretapi nak kasi si kecik ni rasa naik chu..chu..train...yang tulah yang belum diputuskan lagi.

harapkannya segala perancangan ini terlaksana.lepas tu ibarat duduk diam-diam,jadi driver Sakinah balik untuk hantar dan jemput dia ke latihan Permata Seni sehingga program selesai.tu yang mama nak bercuti,nak jalan tu biar mama cas semula energy...kepala mama dah bengang...

ALAHAI...

Friday, October 28, 2011

PENGHUJUNG TAHUN BAKAL BERLABUH..persediaan?

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...dan salam pagi Jumaat.

pejam celik,pejam celik...dah nak sampai ke penghujung 2011.bakal bersua pula tahun 2012.kedengarannya sangat pantas.mula rasa panjang tu bila masuk Januari...fuh lama rasanya nak sampai hujung tahun.bila dah setengah tahun,kemudian raya,sibuk dengan peperiksaan akhir tahun,dah pun sampai ke hujung tahun.

sesi persekolahan pula akan akan menutup tirainya pada 18hb November ini dan ini bermakna habis dah sesi 2011.bercuti panjang selama sebulan setengah untuk anak-anak kita dan kita yang kat rumah ni pun bolehlah 'bercuti sama'. cuti apa tu? bagi CITH yang paling ketara ialah cuti tak jadi driver ke sana ke marilah.hihi...tapi yang lain macam biasa je rasanya.

ada kawan CITH katanya; 'cuti sekolah,lagi aku penat.diorang semua ada kat rumah kan,apa lagi kalau tak makan dan makan dan makan dan makan....apa taknya,kena siap menu lengkap-sarapan,makan tengahari,minum petang,makan malam dan tengah malam...lepas tu kemas dapur lagi yang tak berhenti-henti,basuh kain baju lagi..." itu kata kawan CITH yang punya anak 5.memang pun,yelah kalau hari sekolah biasa,tidak semua anak berada serentak di rumah.maklumlah ada yang sesi pagi,ada yang sesi petang.faktor itu membuatkan ringan sikit kerja.tapi bila cuti saja,semua berkumpul apa lagi memang begitulah senarionya.pendek kata,cuti sekolah ni mama lagi kena over kreatif merancang menu untuk keluarga.

CITH pulak,tak lah sebegitu tetapi rasanya bila cuti ni lagi banyak RM yang keluar.bajet belanja jadi lebih sikit!yelah,Sakinah mulalah ajak keluar pergi cari benda makan yang dia suka.kadang tu bukan tak boleh buat.bila dibuat makannya sikit tapi kos dah banyak dikeluarkan,rasanya elok beli sajalah.tapi kalau yang ramai tu,berbaloilah untuk dibuat sendiri dan boleh makan berulang kali.

nampaknya,cuti hujung tahun memang banyak persediaan yang perlu dibuat.selain rangka menu masakan,menu berjalan,menu bercuti,menu membeli belah dan sebagainya perlu disiapkan dari sekarang.perancangan perlu dibuat awal.perlaksanaanya hanya DIA yang tentukan.

ALAHAI...

Thursday, October 27, 2011

MASA UNTUK EMAS,SEKARANG DAN AKAN DATANG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

satu lagi buku yang ingin dikongsi bersama kali ini ialah pasal EMAS.biasanya kita mengaitkan masa itu emas.maknanya betapa penting dan utamanya pengisian masa itu.jangan dibuang masa tanpa kerja yang berfaedah kerana masa sangat berharga nilainya seumpama emas.tapi hari ini kita nak kaitkan masa sekarang adalah baik untuk membeli emas! emm...bagaimana nak menjana,menambah,mencari,menahan apa sahaja yang berkaitan dengan kewangan kita.

JUDUL : MASA UNTUK EMAS
PENULIS : AZIZI ALI
TERBITAN : TRUE WEALTH SDN BHD
HARGA :RM 39.90

APA MENARIK?
-satu bacaan yang CITH rasakan sangat segar,mudah,ringkas,mudah faham dan jelas tentang peri penting persiapan kita di masa hadapan khususnya dalam membuat benteng kewangan yang ada.kalau selama ini kita hanya tahu menyimpan di institusi kewangan sahaja, kini satu pendedahan baru mengenai alternatif yang bukan baru iaitu BELI EMAS!

emas adalah satu mekanisme untuk menjana kewangan kita dan sekaligus menambah benteng kewangan sedia ada supaya punca kewangan yang ada dapat dicambahkan.bak kata peribahasa Inggeris; DONT PUT ALL THE EGGS IN THE ONE BASKET.-maksudnya jangan kita menyimpan atau meletakkan sesuatu dalam satu tempat atau instrumen sahaja.maklumlah,ribut taufan,tsunami dan apa jua risiko adalah di luar jangkaan kita.manalah tahu takut-takut bakul yang satu kita tu bocor,kan ke masalah jadinya.oleh itu,buku ini membuka minda dan perspektif kita untuk membuat atau berjinak dengan emas ini.

bukan nak jadi saudagar emas,tetapi cukup sekadar kemampuan dan tujuan apa yang kita nak capai.memang sangat seronok dengan buku ini.kalau selama ini CITH sendiri agak kabur untuk berbahas mengenai kenapa beli emas,dalam buku ini ada jawapannya. dek kerana itu,langkah pertama telah CITH buat untuk membeli emas!

"apabila kita miliki emas,kita berada dalam ketakutan,apabila kita tiada emas,kita berada dalam bahaya..." m.s 39

ALAHAI...

DEEPAVALI RAYA SATU MALAYSIA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

ada yang bercuti hari ni?makllumlah semalam cuti Deepavali, ada sekolah yang cuti seminggu ni jadinya mungkin di antara kita dalam mood cuti sekarang ni.CITH belum lah lagi dalam mood itu.hihi...ada lagi yang belum selesai.

sambutan Deepavali semalam,CITH turut meraikan bersama dengan Kak Lang dan Kak Cik CITH.kebetulan rakan sekerja Kak Lang CITH ada yang merayakannya jadi,sebagai rakyat di bawah satu negara yang sama,maka kami pun pergilah beraya.(KUIH RAYA YANG SAMA MACAM RUMAH KITA...)bukan untuk merayakan perayaan mereka,tetapi sekadar tanda persahabatan dan lebih kepada semangat muhibbah 1 Malaysia dalam negara yang sama.menurut kata rakan kakak CITH (Mr Maniam), jiran sebelahnya yang berbangsa Melayu ni dulu selalu datang beraya di rumah mereka namun apabila sudah menyertai parti politik yang satu ini,datang rumah pun dah tak nak.kemesraan dah tiada.emmm...entahlah,orang ni macam-macam kan.rambut sahaja sama hitam.hati sukar untuk difahami.pendekatan CITH sangat mudah-apa bangsa pun yang menjadi jiran kita patut kita hormati dan menjaga perasaan masing-masing selagi tidak melanggar apa yang disyarakkan dalam agama.apatah lagi dalam agama kita pun memang menyuruh kita berbuat baik dengan jiran kan...

walaupun semalam hanya beraya dengan satu rumah sahaja,tapi cukup menyeronokkan dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga ini apatah lagi kebetulan kami datang tu,ada jiran Cinanya yang juga datang ke rumah beliau.pendek kata,semalam raya yang lengkap sebagai 1 Malaysia!
(MENJAMU SELERA DENGAN KARI KAMBING,AYAM,SAYUR ,NASI BERIANI,TOSEI)
(baju pun dah sama color...hihi...)

ALAHAI...

Tuesday, October 25, 2011

IBUBAPA BIJAK ANAK MEWAH

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

hari ni satu lagi buku yang ingin CITH kongsi bersama kalian di sini.bagusnya masa yang tak sihat tempohari dikhatamkan semua koleksi buku yang dibeli.dapat juga mengkhatamkan 2 buah buku sekaligus.CITH kongsikan yang ini dulu.

TAJUK: IBUBAPA BIJAK ANAK MEWAH
PENULIS : AZIZI ALI DAN ZAID MOHAMAD
HARGA : RM 39.90
TERBITAN: TRUE WEALTH SDN BHD
M/SURAT : 206 ms.

APA MENARIK?

penulis buku ini antara mereka yang hebat dalam bidang masing-masing.Azizi Ali terkenal dalam bidang kewangan manakala Zaid Mohammad terkenal dalam bidang pendidikan keibubapaan.masing-masing berkongsi pengalaman tentang bagaimana tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam menyediakan satu kehidupan mewah untuk anak-anak.

tindakan kita ibu bapa hari ini sama ada baik atau sebaliknya sudah pasti memberi kesan kepada kehidupan masa depan anak-anak.dalam buku ini,aspek pendidikan dan kewangan disatukan menjadi faktor penting untuk kita ibu bapa ambil tahu.bukan setakat ibu bapa bijak untuk merancang pendidikan anak-anak tetapi ibu bapa bagaimana yang mampu untuk menyediakan kehidupan 'mewah' untuk anak-anak.

mewah dari erti kata yang lebih besar daripada definisi berumah besar.sebaliknya mewah dari erti kata mewah kasih sayang,mewah pendidikan,mewah kewangan,mewah keperibadian dan seterusnya.membaca buku ini memang satu yang membuka mata dan minda kita untuk berubah dan menyediakan "payung sebelum hujan".

"jika anda ingin bahagia,anda perlukan cinta.jika anda ingin menjadi kaya,anda perlu simpan.menyimpan wang adalah dasar segala aspek kewangan..." ms7.

CITH:membeli sudah,membaca pun sudah.kini masa untuk berubah...

ALAHAI...

Monday, October 24, 2011

APABILA TUAN DAN SAMSUNG PUN SAKIT SAMA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH yang sudi datang ke sini.

rasanya sudah beberapa hari juga CITH tidak masuk ke sini.yelah,sesekali diserang sakit rasanya hilang semua kemanisan.betullah bagai dikata,kalau sihat sahaja tak ada pasang surutnya,hidup jadi bosan.begitulah dengan diri CITH yang kerdil ini.

sejak hari Rabu yang lepas sehingga ke hari ini,CITH masih dalam keadaan tak berapa nak sihat.selesama dan batuk.bila selesema tu maklumlah ajelah,hidung yang meleleh,kepala jadi sakit,badan pulak jadi lemah sahaja.pendek kata rasa nak baring bermalas-malasan.semuanya rasa tidak bersemangat.mujur juga Sakinah dah selesai exam sekolah kebangsaannya.minggu depan pulak untuk sekolah agama.harap CITH boleh pulih cepat.

Jumaat lepas,keluarga mertua datang bertandang.maklumlah Sabtu malam lepas,pakwe CITH kembali meninggalkan kami untuk balik ke 'rumah sementaranya' di Tanah Arab sana.keluarga mertua berkumpul di rumah CITH.biasalah bila dah ramai,apa lagi acaranya kalau tak masak dan masak dan masak...biasalah tu kan...semalam semuanya sudah kembali macam biasa.tinggalkan CITH bertiga dan berdua ekor di rumah ini.

satu lagi yang menambah ketidaksihatan CITH bila mana SI Samsung Galaxy CITH pulak sama "demamnya" aduh...tiba-tiba semalam seharian dia tak nak bangun-bangun.terpaksalah dibawa ke doktornya untuk diperiksa punca penyakitnya...huhu...kata doktor,sakitnya mungkin sembuh dalam 1-2 minggu lagi.sementara itu dipinjamkan CITH penggantinya yang lain.yelah,apa nak dikata semuanya kuasa DIA.tak ada siapa yang meminta untuk jadi sedemikian rupa.harap moga semuanya akan kembali baik seperti biasa.

ALAHAI...

Wednesday, October 19, 2011

SELAMAT UNTUK ORANG BERDUA INI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ini dua orang dalam rumah CITH sama-sama berjuang untuk tujuan meraih kejayaan.seorang di sekolah,seorang lagi nun di tengah laut di Klang sana.pagi sebelum subuh tadi,pakwe CITH dan 2 orang rakannya dah menuju ke Klang untuk menjayakan misi mencari kerapu di Klang.Sakinah pulak hari ini merupakan hari terakhir untuk kertas bertulisnya iaitu BI,Arab dan PJK.

masing-masing memburu kejayaan dalam tujuan yang berbeza.pakwe CITH ni lebih kepada 'nak lepaskan gian' memegang joran.yelah dah lama sangat tangan tu tak pegang joran.skil pun dah lama berehat.kesempatan pulang bercuti ni dah awal-awal lagi dia merancang untuk melunaskan hobi yang lama terdiam.

untuk Sakinah pulak,CITH peringatkan bahawa kertas periksa hari ini adalah penutup kepada peperiksaan untuk tahun ini.yelah,esok hanyalah kertas seni visual yang pastinya tidak tertekan sangat seperti hari-hari sebelumnya.jadi,sudah semestinya hari ini kena buat sehabis baik.

hari ini,kedua-duanya mempunyai misi penting.segala bekal telah CITH siapkan untuk mereka.untuk orang memancing,CITH bekalkan nasi berlaukan sambal sardin,telur goreng,sambal belacan dan timun potong.manakala untuk orang yang exam,selain doa pastinya segala tunjuk ajar,nasihat dan petua telah diberikan.terpulang kepada tuan badan sendiri.CITH di rumah hanya mampu mendoakan kejayaan untuk mereka berdua ini...

ALAHAI...

Tuesday, October 18, 2011

BERKUTU SATU LANGKAH DISPLIN UNTUK MENYIMPAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ni CITH ingin berkongsi entri berkenaan KUTU.rasanya tahun lepas pun ada,tapi sengajalah CITH masukkan sekali lagi pasal entri kutu ni.bukan apa,sekarang dah bulan 10,hanya tinggal lagi 2 bulan sahaja sebelum menutup tirai 2011.jadinya,CITH dan Kak Cik,macam biasa, bulan-bulan beginilah kami mencari 'pemain-pemain' kutu untuk tahun hadapan.

untuk pengetahuan semua,kutu yang kami lakukan ini bakal mencecah tahun ke-6 penganjurannya.bukan seperti kutu orang Cina yang kena letak sedebuk duit lepas tu ada pulak interest yang dikenakan atau sebagainya.TIDAK SAMA SEKALI.

kutu yang kami buat ini MEMANG LANGSUNG TIADA UNSUR PENYELEWANGAN ATAU PUN SEBAGAINYA.ia lebih kepada satu konsep mendisplinkan diri untuk menabung.yalah,memang kita boleh menyimpan sendiri di institusi kewangan,TETAPI kadang kala kita tak displin.bila ada lebih baru simpan.kalau tak ada lebih,tak simpan.betul tak macam tu?tapi ada juga orang yang displin menyimpan...(angkat bakul sendiri lah...hihi...).

jadinya,bila bermain kutu ni HENDAK TAK NAK,kita dah memang KENA menyimpan atau mengasingkan pendapatan kita untuk bayar kepada giliran orang yang dapat pada bulan itu.caranya:

1.bayaran bulanan hanyalah RM100.00.
2.cabutan no giliran akan dibuat (faktor tolak ansur diambil kira)
3.tak perlu nak bank in kepada orang yang berbeza setiap bulan.hanya bank
in kan duit setiap bulan kepada CITH.
4.sms pada CITH bila dah masukkan duit tersebut.
5.CITH akan bank in kan duit tadi setelah cukup semuanya kepada
giliran orang yang dapat untuk bulan itu.
6.tarikh akhir untuk bayar ialah pada 3hb setiap bulan
7.giliran orang yang dapat kutu pula akan menerima semua duitnya pada
minggu pertama setiap bulan setelah semua duit dikumpulkan.

kalau pemain kutu 12 orang,bermakna dapatlah RM1200.00 untuk satu tahun itu.diam tak diam dah ada modal untuk membuat atau membeli apa yang dihajati.kaedah inilah yang selalu CITH praktikkan untuk menunaikan hajat hati yang tidak menyentuh duit mana-mana pihak.hihi...kalian berminat? hubungi CITH di sini.sekali lagi,TIADA UNSUR PENIPUAN ATAU PENYELEWANGAN.

ALAHAI...

Monday, October 17, 2011

DOA MAMA UNTUK SEMUA YANG BERGELAR ANAK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

al hamdulillah dapat bertemu lagi di ruang maya ini.apa yang menarik hari ini? menarik dan mengujakan sudah pastilah tidak lain dan tidak bukan,-peperiksaan akhir tahun anak CITH hari ini dan mungkin juga anak-anak kalian sama.

untuk 2 minggu ini adalah "pertarungan kalah mati" untuk mereka.kenapa sampai begitu sekali? yelah,untuk tahun ni dah tak ada lagi exam untuk memperbaiki apa yang lemah.kalau selalu tu,bila ada yang kurang memuaskan,pastinya Sakinah akan berjanji dengan CITH; "ok ma,exam bulan depan,Ina buat lagi bagus...bla..bla..." tapi untuk kali ini,dah tak ada lagi pembetulan untuk dibuat bagi tahun 2011.seterusnya kena tunggulah tahun depan pulak.

mungkin bila berbicara pasal exam ini,ada yang rasa macam kita ni aje yang ada anak nak exam ye...macam dia sorang jelah yang ada rasa macam-macam...tak pun macam besar sangatlah exam anak dia tu ye...haha...masing-masinglah kan.lain padang lain belalang,lain orang lain ragamnya...

sebagai mama yang ber'opiskan' rumah pastinya tekanan dan harapan yang menggunung pada mereka untuk melihat kejayaan anak.mungkin kalau mereka yang keluar bekerja tu kurang sedikit rasa tekanan itu barangkali.yelah kesibukkan kerja sedikit sebanyak 'menghilangkan seketika' perasaan untuk memikirkan anak-anak berbanding yang di rumah ini.

apa-apa pun,pastinya setiap mama memang tidak lepas untuk mendoakan anak-anaknya.sementelah lagi di ketika ini.mama memang tidak pernah lupa untuk mendoakan kesihatan,ketenangan,kefahaman dan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan mereka.begitu juga CITH doakan untuk Sakinah dan doa yang sama CITH titipkan kepada semua anak-anak kita yang menduduki peperiksaan hari ini sehingga hujung minggu depan.moga semuanya berjalan lancar.amin.

ALAHAI...

Friday, October 14, 2011

DIA BALIK JUGA DEMI ANAK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH dan salam Jumaat.

nak berkongsi sedikit kegembiraan hari ini apabila orang yang ditunggu bakal menjengah rumah petang ini.Insya Allah...

hari tu kata pakwe CITH nak balik tapi yelah,kita mampu merancang DIA juga yang menentukan.kali ni pakwe CITH mengambil cuti sendiri untuk balik bercuti apatah lagi minggu depan Sakinah pun akan menduduki peperiksaan akhir tahun.kiranya balik ni sebagai tanda sokongan untuk dia jugak.

CITH pun setuju dengan keputusannya itu meskipun balik dengan tiket berbayar sendiri.yelah,sokongan moral ini diharap dapat menaikkan semangat dan sekaligus memberi semangat untuk Sakinah.kadang-kadang kalau CITH yang asyik "bising",dia pun jemukan.biarlah orang lain pulak yang berbunyi,mudah-mudahan dia boleh dengar pulak.

hari ni barulah CITH masak bergulai...hihi..orang jauh nak balikkan...masak IKAN PARANG ASAM PEDAS.kalau tidak,tak masak macam ni.malam ni CITH bakal balik ke kampung untuk bertemu dengan keluarga mertua pula...

ALAHAI...

Thursday, October 13, 2011

SIAPA NAK BUAT KORBAN RAYA AIDILADHA


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

entri kali ini CITH mahu memanjangkan pesanan daripada ustaz CITH berkenaan korban untuk raya haji@Aidiladha.sudah 3 tahun CITH membantu mencarikan orang yang ingin berbuat korban.segalanya dibuat dengan tulus,tiada keraguaan mahupun penyelewengan.(foto oleh GOOGLE.COM)

berikut ini butirnya:

1 bahagian = RM370.00
tempat korban- di Lombok,Indonesia(kampung ustaz sendiri)
penyelaras :Ustaz Muadzzin Ackhil (imam Masjid Muaz Bin Jabal,Setiawangsa)
(boleh hubungi CITH di sini,insya Allah akan CITH panjang-panjangkan.terima kasih)


mungkin ada di kalangan yang pertama kali mendengar,akan bertanya: "kenapa jauh sangat nak buat korban?"
ini yang boleh CITH jawab berdasarkan pengalaman melihat kehidupan mereka- mereka di sana adalah TERSANGAT JARANG untuk merasa makan daging!dalam erti lainnya,daging ini merupakan satu makanan yang mewah yang hanya mampu dinikmati oleh mereka yang ada-ada sahaja.golongan marhaein memang tidak merasa.jadi,peluang adanya sambutan korban ini memang sangat-sangat ditunggu oleh mereka di sana.

boleh dikatakan,mereka sangat menghargai pemberiaan ini sehinggakan boleh CITH katakan tidak bersisa!yang tinggal hanyalah tulang temulang yang siap licin dibersihkan dagingnya.semuanya dimanfaatkan,hatta kulit lembu sekali pun.dijemur,disalai sebelum dijadikan lauk.kalau kat tempat kita dah tak pandang ni semua kan...hingga ke tahap itu sekali penerimaan terhadap korban yang kita buat di sana.

kita pulak di sini,boleh dikatakan saban hari makan daging,ye tak? kalau yang tak berkesempatan makan daging tu hanyalah kes-kes terpencil sebab daging ni banyak bahagiaannya.paling-paling pun masih berkemampuan untuk membeli daging no 2 atau disebut daging tetel yang memang siap diketepikan oleh penjual-penjual daging.

CITH:korban di mana saja,tidak mengapa.tetapi "lain rasanya" bila kita melihat ada pihak yang betul-betul menghargai dan manfaatkan pemberian korban itu.

ALAHAI...

Wednesday, October 12, 2011

AKU LAYAK BERJAYA!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

minggu ni satu lagi buku baru yang CITH nak kongsikan dengan kalian.habis dah men'khatam'kannya hari ini.buku tulisan Prof.Dr Rozieta Shaary (pengikut tulisan beliau) yang berjudul AKU LAYAK BERJAYA!

buku berharga RM 39.90 ni bukan untuk orang yang nak exam baca,tapi mamanya yang kena baca.cece...mamanya nak dapat motivasi berjaya.hihi...

pada peringkat awal pembacaan,memang agak perlahan sedikit.flownya agak perlahan itu sampaikan CITH beberapa kali jugaklah berhenti baca dan sambung semula.baca time nak tidur memang terus jadi nak tidur dibuatnya.itu pada peringkat awal beberapa topiknya.TAPI...

setelah sampai di tengahnya hinggalah ke penghujung,keseronokkan untuk mengikuti terus bacaan ini baru terasa dan barulah dapat apa yang dikatakan AKU LAYAK BERJAYA itu! memang kenalah dengan judulnya itu,nak berjaya bukan senang.nak habiskan bacaan buku ni pun bukan senang juga, apatah lagi untuk menjayakan sesuatu yang besar.inilah pengorbanan dan peranan minda untuk berubah sama ada nak terus atau tidak.kalau orang yang cepat bosan mungkin akan berhenti setakat itu,tapi macam CITH cakap tadilah,nak berjaya bukan senang!

AKU LAYAK BERJAYA! sebuah buku yang memberi kesedaran untuk berubah menjadi seorang yang berjaya tak kira nak jadi jutawan,hartawan,dermawan,hatta yang duduk rumah ini boleh berjaya.berjaya dalam medium masing-masing.kejayaan itu sendiri terlalu abstrak untuk ditafsirkan.tiada kayu pengukur untuk mengatakan seseorang itu dah berjaya,atau belum berjaya atau tidak boleh berjaya.masing-masing mampu berjaya dalam skop dan signifikan masing-masing.

sebelum ini,kadang-kadang CITH sendiri meletakkan kejayaan itu dengan tanda aras seperti kereta besar,rumah besar,pakaian mewah,aset banyak dan sebagainya.rupa-rupanya ia lebih daripada itu semua!tiada KAYU PENGUKUR yang sebenarnya yang boleh diguna pakai untuk itu.kalau orang hidupnya kereta kecil,rumah kecil,makan pakai cukup,hidup tak berhutang-itu juga sudah dikira berjaya.berjaya mengelakkan diri daripada mangsa hutang piutang seperti orang lain yang hidup penuh dengan hutang yang kononnya kita lihat dia berjaya.

buku inilah yang memberi persepsi baru dalam menilai peranan diri untuk mencipta kejayaan!

" seseorang itu mencapai kejayaan apabila dia berjaya mencapai apa yang dihajatkan,diidamkan,diimpikan dan diusahakan.segalanya akan menambah nilai dalam hidupnya..." m/s 31-32

ALAHAI...

Tuesday, October 11, 2011

BILA DIA DAH BAWAK BALIK JADUAL...


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

nampaknya betulah bagai yang ditulis pada takwim sekolah-peperiksaan PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2(PKSR)akan diadakan pada 17hb-20/10/11.bertambah betul bila petang tadi sewaktu ambil Sakinah dari sekolah dia dah kata; "ma,jadual exam dah dapat.minggu depan Ina exam."

hah...apa mama nak kata kan...jadual dah depan mata,sekarang adalah masa untuk memasukkan peluru siap-siap supaya bila tiba harinya nanti boleh terus tarik picunya dan terus menembak! wah,dengornya nampak macam mudah TAPI tak semudah bagai dikata.yelah,peperiksaan akhir tahun yang pastinya menjadi penentu dan tanda aras untuk menentukan kelas tahun hadapan.sekaligus ia juga merupakan gambaran pencapaian anak belajar dalam tempoh setahun dia bersekolah.

sekali lagi CITH menarik nafas panjang.apa taknya,tahun ni siaran terus menerus peperiksaan antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama.selama 2 minggu berhadapan dengan exam,kemudian barulah boleh bersuka ria sebelum menunggu detik keputusan exam pulak.

ada kawan yang berkata,buat apalah nak risau sangat.bukan exam besar sangat pun.alah dia belum tahu kepentingan exam dan keputusan tu lagi...tak payah nak susah-susah hati sangat...entahlah,rasanya CITH memang tak dapat nak berlagak seperti itu.memang dari bergelar pelajar pun dulu,bila time exam ni CITH yang kecut perut.selalu rasa ada "rama-rama" dalam perut.sampailah bila habisnya exam.mujur arwah mak dan abah masih ada,tiap kali nak exam memang doa restu mereka CITH harapkan.

sekarang pulak,CITH dah jadi mama.tiap kali anak nak exam,1001 rasa yang CITH rasakan.kadang-kadang,stres jugak sebenarnya.mulalah salah sikit cepat nak marah! (sorry banyak-banyak Sakinah).rasa stres tu bila tengok tuan punya badan buat tak reti je,buat tak kisah.kene "sound" baru nak bukak buku.kalau mamanya tak "menyanyi" hari-hari rasanya semua tak buat.tak rasa pun mood nak exam tu.pendek kata tak ada rasa!

tadi habis membuat revision dengan Sakinah,dia sempat mengeluarkan ayat ini; "mama,nak exam kena ulangkaji,lepas tu kene baca bismillah,buat betul-betul dan selebihnya TAWAKAL..." adoh, ayat dia...buat CITH suruh dia cakap sekali lagi,terutamanya perkataan yang terakhir tu...CITH jawab balik; "mama setuju tu tapi kalau kita ambik tawakal tu awal-awal tak nak usaha memang tak betullah.kena usaha dah bersungguh-sungguh baru serahkan kepada Allah.kita tak tolong diri kita,macam mana Allah nak tolong kita kan..." akhirnya berlakulah perdebatan antara kami berdua dengan tajuk macam mana Allah tolong kita.

CITH:moga Allah memberi ketenangan untuk anak-anak kita menjawab peperiksaan.tak kira kecil besar.semuanya penting.moga Allah juga melimpahkan kesabaran yang tinggi dalam kita membesarkan dan memberi yang terbaik untuk anak-anak kita semua.amin.

ALAHAI...

APABILA KETERUJAAN DAN KEGHAIRAHAN MENJADI LESU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

cuaca yang mendung sepanjang hari ini seakan menyokong perasaan dalaman CITH.apa taknya hari ni segalanya rasa lesu dan tak bertenaga.mulanya memang rasa teruja dan ghairah menanti orang tersayang balik.yelah,manusia merancang tapi DIALAH yang sebaik-baiknya dalam membuat keputusan.

pakwe CITH dah keluar dari Iraq dan kembali menyambung semula kerja-kerjanya dari UAE.menurut katanya dia nak balik terus ke KL.CITH pun rasa seronoklah.yelah dah isikan peti sejuk di rumah dengan bahan mentah yang bakal dimasak bila dia di rumah nanti.kiranya petang ni sampailah dia.emmm... alih-alih malam tadi dia beritahu tak dapat balik pulak.ada pulak 'urgent' yang perlu disiapkan.boss pulak tu tak luluskan untuk bercuti.jadinya,hampalah buat orang rumah...nasib baik CITH tak beritahu kat Sakinah lagi.

biasanya CITH suka buat kejutan pada Sakinah.bukan apa,kalau cakap awal-awal,dia memang akan mengira hari tanya bila baba dia nak balik.pastilah jawapan mengharap pada dia.budak kan,harap dia kalau dah beritahu awal tapi akhirnya tak jadi.kalau yang si kecik ni tak apa lagi,boleh simpan rahsia...haha...cakap pun belum teror sangat lagi.

tu lah,bila teruja dan keghairahan itu tiba-tiba dimusnahkan memang terasa sangat lesunya...CITH selalu pesan kat pakwe CITH agar jangan selalu cakap awal kalau sesuatu itu belum pasti lagi...huhu

ALAHAI...

Monday, October 10, 2011

APABILA DITEGUR DENGAN AKAK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

maklumlah bila dah masuk 3 series ni,rasa diri memang dah "berakak" aje bila bercakap tu ye.tak kiralah yang dilawan bercakap tu perempuan atau lelaki,memang ada yang suka membahasakan diri dengan "akak".

ada pulak kes yang ada orang ni pulak suka memanggil orang "akak".kadang tu yang nampak muda atau pun yang sebaya pun dia bantai panggil akak aje.tak tahulah CITH kenapa.kot agaknya orang tu sentiasa rasa diri dia yang muda je...dah tu orang yang dilayan bercakap tu pulak yang lebih tua daripadanya.

bukan apa,ni kes yang terjadi semalam di kelas Permata Seni.masa mak-mak ni berborak,adalah seorang insan ni yang memanggil CITH dengan panggilan "akak".banyak kali juga dia bercakap dengan nama panggilan itu.CITH lihat dari atas ke bawah dia,rasanya sama je umur.CITH pun tanya dia,
"awak ni berapa umur?"
"35"
"la,samalah kita.tak yah lah nak ber'akak-akak'"
"tapi tangok,anak dah besar.ingatnya tua daripada saya..."
-apalah yang mampu CITH nak jawab...hihi dalam hati cakap jugak; "aku ni dah nampak tua sangat ke?"....

ni kes kedua pulak,ada cikgu Sakinah selalu je bila bercakap dengan CITH membahasakan CITH ni sebagai "akak".tapi yang ini CITH betul-betul perhatikan cikgu-cikgu yang lain pulak memanggil dia "akak".saja nak dijadikan cerita,bertanyalah CITH umur cikgu tersebut dengan salah seorang staff di situ-rupanya cikgu tersebut dah nak masuk 4 series pun!

aduh...ni pulak kes yang tak nak mengaku dah banyak umur...macam-macamlah kita ni ye.ada yang nak rasa diri muda saja daripada orang,ada tu tak segan-segan memang membahasakan dirinya "akak".tapi selalunya CITH,tanya dulu umurnya berapa.yelah takut-takut CITH yang lebih tua.tapi satulah,kadang-kadang macam takut sangat orang kita nak cakap pasal nombor umur ni.bagi CITH,umur adalah interpretasi pada nombor saja.apa yang penting pembawakan diri itu, adakah sesuai dengan umur atau pun tidak.

CITH:fikir positif;"akak" untuk nampak lebih hormat agaknya...

ALAHAI...

Sunday, October 9, 2011

PENDIDIKAN ANAK BERMULA DI RUMAH-MAMA STRESS?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

semalam,setengah hari CITH di sekolah Sakinah dek sebabkan Seminar Pembelajaran Anak Di Rumah.yelah,bak kata penceramah semalam,pendidikan anak-anak bermula di rumah maka sewajarnyalah yang berada di rumah kena ambil tahu.

siapa lagi nak kena ambil tahu kan kalau tak 70% adalah kita ni-maknya dan selebihnya itu ayahnya pulak lah.kalau CITH pulak,sebelum ni boleh juga berkongsi mengajar anak dengan pakwe CITH,tapi kini 100% pada CITH.babanya hanya dapat membantu dari jauh.apa nak buat,semuanya kena berkorban kan!

tanyalah mana mak bapak sekali pun,semuanya nak anak-anak berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dalam hidup.CITH lagi lah pulak.anak tak ramai.ni lah 2 orang yang ada.tekanan nak berikan yang terbaik tu memang CITH rasai.tu lah kadang-kadang buat diri sendiri yang jadi stress.rasanya Sakinah lagi tinggi tekanannya,entahlah.nasib dialah dapat mama yang macam ni.hihi...

tekanan mengajar anak sendiri ni memang CITH rasa.kalau dulu masa mengajar anak orang,tak kisah sangat.mengajar 45 minit dalam kelas, bla..bla...keluar kelas.faham atau tak-itu terpulang!TAPI bila mengajar anak sendiri...fuh,cabarannya lagi besar.bukan setakat nak kena control perasaan,nak control suara,nak control tangan...tapi yang lebih lagi nak tanggung tekanan bila dia nak exam tu.tu lah yang CITH alami.

memang tak dinafikan,pendidikan anak itu bermula di rumah.baik buruk,bagus tak bagusnya pencapaian anak dah tentu mak ayah yang bertanggungjawab.apatah lagi kalau maknya yang duduk di rumah.pastilah lagi besar tanggungjawab dan peranannya dan tinggilah lagi stressnya.

ALAHAI...

BAJET UNTUK KITA ORANG RUMAH


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu untuk semua.

sedikit lambat untuk berbicara pasal bajet negara baru-baru ni.tapi masih jugak CITH nak cerita bab ni...hihi..cerita mana yang kena dengan kitalah orang rumah.lain-lain tu tak payah lah nak sentuh.bukan kena pun dekat kita ni.

rata-rata 2 hari ini di FB semuanya memperkatakan tentang naik gaji,dapat durian runtuh lah...dan sebagainya.CITH pulak apa yang nak kata ye?yelah,kali ni bajet lebih banyak memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang gomen.kita yang tak gomen ni mampu dengar je dan mampu cakap macam ni; "amboi...senang betul orang gomen ni.mintak itu dapat,mintak ini dapat ye...tapi ada yang sebahagian tu masih tak bersyukur-syukur lagi..."

ok,dalam peruntukan yang sebegini:
Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 biliona

apa yang kena pada kita orang rumah ni?

1. Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan.

2.Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan.Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

3.Subsidi: Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

setelah membaca mengenai bajet tersebut,rasanya inilah yang kena dengan orang rumah.lain-lain tu rasanya tiada berkepentingan...huhu

CITH:kepada mereka yang dapat manfaatnya dalam bajet ini kena bersyukur banyak-banyak,tingkatkan prestasi barulah orang tak kata makan gaji buta.barulah pulangan yang diterima itu berpadanan dengan hasil kerja yang ditunjukkan.orang yang melihat pun tak rasa macam-macam.bukan apa,yang membayar tu semua adalah kita-pembayar cukai yang SETIA!

ALAHAI...

Thursday, October 6, 2011

BAJET NEGARA ESOK,BAJET KITA BAGAIMANA?

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

agak-agaknya,malam ni PM tidur lena tak?...hish...apa soalan ni?tak adalah,esok kan bajet negara 2012 akan dibentangkan jam 3.30 petang, jadinya terfikir di benak CITH apa yang difikirkan oleh PM malam ini untuk sesi itu petang esok.maklumlah apa sahaja sama ada baik atau buruk pastinya sedikit sebanyak memberi impak kepada kita semua.

bila bercakap pasal kita semua,terutamanya kita-kita yang menjadi PENGURUS RUMAHTANGGA @PR(walaupun ada rumah yang tak bertangga,tak pun jangan ingat PR tu Public Relation aje...hihi)apakah bajet kita pula untuk keluarga? siapa yang membuat bajet keluarga?rasanya CITH,kitalah mak di rumah ni yang jaga bajet keluarga.ye tak?(foto oleh:GOOGLE.COM)

maklumlah kalau dah semuanya dalam kepala otak kita,hatta dari sebijik bawang di dapur sampailah bil-bil rumah,kalau kita yang tak uruskan dengan bijak,agaknya boleh ke dapur berasap tiap hari?lampu di rumah menyala tiap malam atau pun tv berfungsi 24 jam sehari?...emmm...jangan main-main dengan kuasa yang ada pada PR ini.besar tak besar tu kan!tanyalah berapa harga sekilo daging hari ini,berapa harga sekilo ayam...bla..bla...semua ada 'save' dalam memori otak! hebat tak hebatnya...

tak tahulah untuk kalian di luar sana-tapi bagi CITH,segala bajet untuk perbelanjaan rumah,anak-anak,tabungan mahu pun hal-hal yang lain,semuanya atas kebijaksanaan CITH yang nak buat.kata ipar CITH; "kak,kalau akak nak buat tipu dengan along(pakwe CITH) pun boleh.dia bukan tahu pun..." ini lah jawab CITH.memang,CITH boleh buat macam tu kalau CITH nak buat.yelah,dia mana tahu.dia tahu kasi duit kat CITH je.selebihnya CITH yang uruskan segala-galanya.

TAPI; jangan lupa-duit ni 'berhantu'.kalau kita buat tak sedar je dengan dia,alamat memang dia hilang begitu sahaja tanpa disedari.kesian,pakwe CITH keje cari duit.segala kepercayaan itu tak naklah CITH cabuli,bukan apa kalau susah nanti bukan orang lain,CITH dan keluarga juga...jadinya,dengan sedikit ilmu yang ada ini,menjadi tugas CITH sebagai PR untuk menyediakan segala bajet setiap bulan.sekurang-kurangnya berbaloi jugak mak bapak sekolahkan kita dulu-dulu.

ini baru bajet keluarga dah pening-pening lalat nak kontrol,kalau bajet negara pulak macam mana?.macam biasa cukai untuk rokok dan minuman keras akan naik...apa yang turun? emmm...sama-sama kita tungguuu....esok

ALAHAI...

ASB DIBUKA UNTUK BAWAH 12 TAHUN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

tak tahulah kalau kalian dah tahu ke belum ye,Amanah Saham Bumiputera kini telah pun dibuka untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.sebelum ni hanya untuk 18 tahun ke atas saja.info ni pun baru semalam CITH dapat tahu.jadinya,dapat tahu je semalam,pagi tadi CITH dah pergi ke ibu pejabat PNB,Jln Tun Razak.sementelah pulak,Hakimi CITH ni tengah gian nak naik chu..chu tren...jadinya memang bagus sangatlah CITH pergi tadi dengan tren sahaja.

produk ni baru saja diperkenalkan oleh PNB pada awal bulan ini.pembukaan akaun hanya boleh dibuat di ibu pejabat PNB SAHAJA.di agent-agent,belum boleh buka lagi.maklumlah,produk baru.belum lagi meluas hebahannya.jangan keliru dengan Amanah Saham Didik (ASD).memang akaun ni untuk kanak-kanak seusia 6 bulan ke atas,tetapi akaun ini terbatas dananya.buat masa sekarang,dana untuk ASD dah penuh.ini bermakna,kalau nak buat penambahan atau nak buat penyimpanan baru,dah tak boleh lagi.

sebagai alternatif,maka inilah dia instrumen baru untuk menyimpan iaitu ASB-AKAUN REMAJA TING.

apa yang perlu nak buka akaun ni?

1.salinan fotostat ic penjaga dan surat beranak anak.
2.duitlah-minimum rm20 pun boleh
3.adalah beberapa lampiran borang yang perlu diisikan

dan yang penting hanya boleh berurusan di ibu pejabat sahaja.maksimum simpanan dalam akaun ini ialah RM10,000 iaitu sebelum umur kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.selepas tu,had maksimum macam akaun dewasalah iaitu RM200 ribu.

Sakinah tanya; "kenapa sibuk-sibuk mama nak pergi bank itulah,bank inilah..."
"mama simpan ni untuk siapa lagi,dah tentu untuk masa depan kita semua nanti...

ALAHAI...

Wednesday, October 5, 2011

KERETAPI MEREMPUH DALAM RUMAH



Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

seharian hujan di tempat CITH.bagaimana di tempat kalian?ikutkan hati malas nak keluar tapi dek sebab banyak urusan bil-bil yang ingin dijelaskan,maka gagahkan juga keluar rumah.

bila nak keluar aje,Hakimi akan bertanya; "mama,chu-chu tren..." nilah dia,selalu naik kereta dah sekarang asyik naik naik tren tiap hari.adoh...ni macam kena sign jadi member LRT Putra pulak! masa nak bersalin hari tu,tak pulak terbersalin dalam tren ni,tidak dah tentu jadi anak angkat LRT Putra...hihi...

bercakap pasal tren (keretapi) ni,petang semalam sambil CITH shopping barang dapur di Jusco,CITH pun belilah mainan keretapi ni.dah tu,suka sangat dia dengan chu..chu...tren...punyalah suka!tak sabar nak mintak balik sebab nak main.

dah namanya budak lelaki kan...memanglah beza cara mainnya dengan budak perempuan.apa taknya,belum sampai 24 jam, dah tayarnya tercabut.ada benda yang patah.CITH cuba gam guna glue gun,tu pun tak boleh jalan jugak! sudahnya elok-elok boleh bergerak sendiri di atas relnya,terpaksa gerakkan dia secara manual...haha...janji boleh mainlah anak oi...bila dapat mainan ni,memang habislah dalam rumah dirempuhnya dengan chu...chu...tren.

ALAHAI...

Tuesday, October 4, 2011

GARRAF CAMP,BAGHDAD IRAQ BUKAN UNTUK BERSENANG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

masih ingin berkongsi kehidupan sementara pakwe CITH yang masih berada di Baghdad,Iraq.yelah,perjuangan hidup ini perlu diteruskan selagi nafas masih berdenyut.maka tuntutan kerja untuk memberi rezeki kepada keluarga tetap digalas meski pun orang kata kerja dan lokasi pakwe CITH berbahaya.hanya Allah jua tempat bergantung.

kali ini CITH nak kongsikan tempat penginapan pakwe CITH di sini.tempat ini mudah dikatakan seperti kem.apa taknya,segalanya di situ di dalam satu kawasan berpagar.di sinilah pejabat,tempat tidur,tempat makan dan tempat rehat.hidup hanya di dalam kawasan kem ini yang sentiasa ada penjaga yang menjaganya.memang tidak dapat keluar apa tah lagi kalau nak bersiar-siar di luar...hihi padamkan saja niat nak cari cenderamata...
(kata pakwe CITH,bom adalah!)

inilah sebahagian gambar yang dikirimkan oleh pakwe CITH.:

1.pemandangan dari jauh kawasan Kem Gharraf. merupakan satu kawasan kuaters menempatkan semuanya di sini.2.ini adalah deretan 'hotel' yang menjadi tempat penginapan untuk tidur dan mandi.3.yang plastik hijau tu adalah kawasan kubu yang memang tersedia rapi di setiap barisan kem.sekiranya ada serangan,maka di sinilah tempat persembunyian mereka.(mudah--mudahan dijauhkan...)
4.penjaga di sini dengan senjata avtomat 47.. 5.tetap bersedia dengan senjata AK 47.masing-masing terdiri daripada rakyat Iraq sendiri.kalau orang kita...emmm...rasanya tak mungkin kot...untuk diri CITH,terasa sedar diri bahawa;' macam ni sekali laki aku nak kasi duit kat aku'....(sentimental rasanya...)

ALAHAI...

Monday, October 3, 2011

IRAQ ANTARA RUMAH AKU DAN RUMAH KAMU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sukalah CITH kongsikan di sini beberapa keping gambar yang dihantar oleh pakwe CITH dari Gharaff,Baghdad Iraq.yelah,selama ini CITH pun tertanya sendiri bagaimana tempat tinggal mereka selepas perang yang meletus dulu.jadinya,inilah serba sedikit rakaman yang dapat dirakamkan oleh pakwe CITH.ini pun katanya hanya dapat diambil sewaktu dalam perjalanan nak ke pos mereka.

antara rumah aku dan rumah kamu....(ni rumah orang ada-ada) (ni rumah orang tak berapa ada)(ini pula rumah orang yang cukup ada saja)(dan ini rumah orang yang tak ada-ada...)ketiga-tiga rumah di atas merupakan rata-rata mereka yang bekerja sebagai petani.kata pakwe CITH,kat sini memang puas makan buah-buahan fresh.yelah kena pulak dengan musim sekarang yang memang sesuai untuk pertanian.tong merah yang nampak pada gambar tu bukan tong gas ye,tapi tong air.yelah hidup di kawasan gurun macam tu memanglah panas,bekalan air mestilah cukup.

apa pun inilah realiti kehidupan mereka sekarang.kata pakwe CITH,kehidupan mereka macam biasa,urusan jual beli berlaku seperti biasa cuma di langit memang tidak berhenti bunyi helicopter yang senantiasa lalu mundar mandir.satu lagi,untuk orang luar tidaklah bebas untuk keluar ke sana ke mari.

CITH:syukur apa yang kita nikmati hari ini, mungkinkah semua orang rasa yang sama?....

ALAHAI...

SWATARI 2011 MELABUHKAN TIRAINYA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

semalam tidak dapat menjengah di sini.apa tidaknya,malam konsert akhir tu dah balik ke rumah pukul 12 tengah malam,kemudian bersembang dengan pakwe CITH menerusi skype hingga ke pukul 2 pagi.pagi semalam pulak, dah kena hantar Sakinah ke kelas Permata Seni sehingga petang.aduh!penat dan mengantuk.oklah,CITH kongsikan sedikit catatan dan foto=foto majlis Penyampaian Sijil Swatari 2011 yang berlangsung pada Sabtu malam tempohari.akhirnya majlis yang ditunggu-tunggu pun tibalah.malam akhir untuk persembahan Sakinah dan pelajar-pelajar Swatari.bertemakan "Bollywood Nite",memang rata-rata yang datang berpakaian mengikut tema.memang malam tu seakan berada di Bollywood dengan Kajol,Ashwara Rai,Shah Rukh Khan,Salman Khan dan sebagainya...memang meriah dengan warna warninya! termasuklah CITH anak beranak,Kak Lang dan Kak Chik yang mengikut sama ke majlis ini.(kumpulan Kuda Kepang Sakinah)tahun ini merupakan tahun ke 11 majlis serupa ini diadakan oleh Pak Ngah Production.selain sebagai majlis penyampaian sijil,majlis ini juga merupakan malam penghargaan kepada seluruh tenaga pengajar dan tenaga kerja Pak Ngah Production.

tetamu diserikan oleh persembahan pelajar Swatari asas,lanjutan,(persembahan kumpulan lanjutan@Sakinah dan kawan-kawannya) core group serta persembahan istimewa daripada gabungan tenaga pengajar dan staf.satu kombinasi yang sangat menghiburkan di samping persembahan tetamu yang lain.(persembahan Cikgu Razif dan Alia@MM Razif Mari Menari) (persembahan tenaga pengajar dan staf)malam tu,CITH tak dapat nak bergerak banyak untuk mengambil gambar.apa taknya,jauh sikit CITH pergi,Hakimi dah memanggil nama CITH.terpaksalah berkepit dengan dia.mujur ada Kak Chik CITH yang membantu dalam merakamkan gambar-gambar di sini.layan ajelah gambar-gambar yang ada ini ye. (tahniah untuk pembaca blog ini-Siti Zaleha yang dipilih sebagai pelajar terbaik malam tu.)-ni gambar jauh untuk SITI ZALEHA
(pose...)(bersama Zizi Zulkifli)(Sakinah bersama Cikgu Alia)(Kak Lang CITH dapat cabutan no bertuah)(Sakinah bersama Cikgu Razif-kareographer untuk kuda kepang)(bersama Pak Ngah dan Mak Ngah)ALAHAI...

Saturday, October 1, 2011

UNTUK SWATARI,DI NEETA'S HERBAL MELUKIS INAI DI TANGAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu untuk semua.

malam ni nanti bakal berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Swatari dan Konsert Akhir Tahun.bertemakan MALAM BOLLYWOOD.jadinya bersempena tema itu nanti,petang semalam CITH 'mengada-adakan' diri untuk ke Neeta's Herbal untuk melukis inai di tangan.

sebenarnya tak terancang nak buat di kedai.ingat nak lukis je sendiri.tapi bila menemankan Kak Cik CITH untuk membuat rawatan rambut di sini,CITH pun terus terpikat nak melukis tangan di sini.

kalau diikutkan harga,sebelah tangan RM15,tapi dek sebabkan Kak Cik dah buat rawatan di sini jadi dapatlah diskaun.sebelah tangan RM10,dua tangan kenalah RM20.orang kata apa? nak merasa! hihi...kata Kak Cik; "amboi,ko beriya jadi koling ni..." haha...jangan marah ye! tahun ni semangat nak bergaya mengikut tema.

kalau tahun lepas tema arab,CITH tak dapat mengikutnya sebabkan masih menyusukan baby.(sekarang masih lagi tapi baby dah besar...kasi chance la.) lagi pun dulu masa kawin pun tak rasa berinai sakan cam ni...

selain tu,pakaian dan aksesori pun dah siap beli untuk bergaya mengikut tema...haha tengok jelah apa yang jadi malam nanti.apa yang penting,tema Bollywood pastinya menjanjikan meriahnya warna-warni malam ini.

ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala