Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
kalau ditanya,apakah barang yang menjadi sentimental value atau benda yang menjadi kesayangan kita tatkala pergi bercuti?bagi CITH,selain potret-potret yang dirakam sebagai kenangan,FRIDGE MAGNET merupakan satu lagi item yang memang menjadi penting buat CITH.setiap kali pergi bercuti waima dalam negara mahupun tempat yang dekat-dekat pun,CITH pastikan ada fridge magnet yang boleh dibeli.ciri pertama pastinya nama tempat yang pergi tu ada tertulis.jadinya kita ingatlah mana tempat yang pernah kita pergi.
minat ni bermula ketika CITH buat pertama kalinya ke luar negara pada tahun 2006 iaitu ke Paris dan Istanbul,Turki.masa tu saja belikan untuk adik beradik cenderamata.yelah nak beli yang besar,mahal.jadinya belilah yang kecik asal ada nama Paris dan Istanbul! masa tu CITH beli jugak untuk diri sendiri.yelah fikir dalam hati-tempat ni payah nak pergi...hihi..at least adalah satu tanda dah pergi kan!
sejak tu bila dilekatkan di fridge,hari-hari tengok ia memberikan satu rasa yang lain.mulalah nak mengumpul fridge magnet secara aktif.hihi...minat ni pun sekarang dah menjadi ikutan Kak Chik CITH pulak.hari ini,inilah rupanya fridge magnet yang ada dalam simpanan CITH dan menghiasi fridge di rumah kami.CITH sayangkan semuanya ini.tiap hari mesti nak tengok.kadang tu sengaja nak ubah-ubah kedudukan dia.nasib baik,pakwe CITH dan anak-anak pun ikut support CITH.Hakimi yang kecik dia tu pun tahu sebut 'pish nenet mama".macam Sakinah pergi Jakarta yang lepas,kata cikgu dia; 'beriya-iya Sakinah nak cari fridge magnet untuk mama dia..." hihi...fridge magnet ni bukan semua tempat yang CITH dah pergi.ada tu adik beradik,rakan taulan yang belikan.tiap kali dengar mereka bercuti,pastinya CITH pesan yang ini.kecik pun tak apa asal ada nama tempat tu jadilah.ada tu pulak CITH buat muka tebal je...haha mintak kat mereka yang CITH dapat tahu pergi bercuti atau pun time kita pergi rumah dia,dia ada lebih.selalunya juga,tiap kali CITH pergi bercuti,CITH akan pastikan kena beli lebih fridge magnet ni.bukan setakat untuk diri sendiri,Kak Chik, tapi untuk simpanan sekiranya ada kawan-kawan yang jadi pengumpul jugak.kiranya tukar suka sama sukalah nanti!
ada juga sahabat ni blog ini tempohari menghantar fridge magnet secara pos kepada CITH tapi sayangnya tak sampai hinggalah ke hari ini.(Chempaka-biru),sedih...huhu..CITH tanyakan di pejabat pos,kata mereka kena hantar dengan pos surat berdaftar atau pun setemnya mesti cukup.kalau hantar biasa dengan setem 50 sen saja tu yang tak sampai! (tak tahulah kalau ada yang berminat ambil masa di pertengahan jalan tu!)
tiap kali beli atau dapat fridge magnet ni,CITH akan tuliskan tarikhnya dan nama orang yang beri tu.jadinya sampai bila-bila pun CITH ingat.terima kasih untuk semua yang tahu minat CITH ni.(kalau ada yang nak kasi fridge magnet,stadium Bukit Jalil CITH tadahkan.hihi...)
ini adalah fridge magnet yang terbaru CITH dapat masa balik raya tempohari iaitu fridge magnet gambar William dan Kate dari London yang dikirimkan oleh 'bakal biras ipar' CITH-Munirah Abu Bakar.CITH:memang sentimental value...
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
September
(36)
- HABIS SUDAH LATIHAN TUNGGU UNTUK KONSERT SWATARI
- KERBAU DAN KAMPUNG POPULAR
- GENERASI LEMBIK ANTARA IKUTAN MAHU PUN SENGAJA
- DAH JEMU KERETA NAK KERETAPI PULAK DIA
- EMAS TURUN TIGA KALI HARI INI
- EMAS MANA NAK SIMPAN
- MENARI AJE DONG! PERMATA SENI DAN SWATARI
- HATI KU ISTERI -Perwira (Saloma)
- LATIHAN INTENSIF KUDA KEPANG SWATARI
- SEBAGAI IBU BAPA DEMI ANAK
- FRIDGE MAGNET SENTIMENTAL VALUE
- PESARA JUTAWAN BACALAH!
- BELI-BELI EMAS TURUN
- PUBLIC GOLD SATU LAGI EMAS YANG BOLEH DIBELI
- KEMBALI KE SEKOLAH SETELAH SIHAT
- MAKAN APA SAJA SEDAP TATKALA HUJAN
- CHUNKY LOADED PIZZA HUT PEH BERBALOI!
- JALAN-JALAN CARI MAKAN ADA BUKU
- PELABURAN KIJANG EMAS DI MAYBANK
- HARI MERDEKA ATAU HARI MALAYSIA YANG NAK DIRAIKAN?
- PENGALAMAN MEMBUKA AKAUN EMAS
- EMAS SATU MINAT DAN HOBI BARU
- CUKAI 6% DITANGGUHKAN BUKAN BERERTI MANSUH
- BERBEZA SEMUANYA TAPI KINI BERSATU
- KERAJAAN JAMIN TIADA CUKAI 6% OLEH TELCO
- Berita Harian Online | Kopi kecubung tewaskan keke...
- MAT SABU DAN MAT INDERA JADI POPULAR (1)
- CELCOM DAH HANTAR NOTIS
- KAJI SEMULA CAJ 6 PERATUS CUKAI TELEFON
- NILAI DAN KHASIAT DAUN SEMAMBU BARU TAHU
- DEMAM CAMPAK KENA PANTANG MAKAN?
- DAUN SEMAMBU ALTERNATIF MENGUBAT CAMPAK
- GILIRAN PREPAID TELEFON NAIK PULA
- DAPAT CAMPAK PULAK DIA RUPANYA
- UNTUK LELAKI DAN UNTUK KITA JUGA WAJIB TAHU
- SALAM KEMBALI DI ARENA MAYA SELEPAS BERHARI RAYA
-
▼
September
(36)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
I think i saw my chocolate lah...beside gajah...tul tak? Memang beruntung dpt yg william n kate tu. Kalau ko p luar negara, kirim book mark ya. Sama mcm ko gak, yg ada lmbg negara tu:-)
ReplyDeleteBanyak betul FM Chempaka.
ReplyDeleteTentang FM yg akak kirim tu mmg terkilan tak sampai. Mungkin org dah ambil di tengah jln sbb tak hantar register .Tak selamat. Lain kali kena berhati2.
zarina: yup!jgn disangka kecil boleh tutup sebelah mata,ia tetap ada valuenya di situ.!ingt tu kt ko...insya allah pas kena ingat bookmark lak ek.
ReplyDeletekak,tu lah...tah manalah dia sampai tu kak...huhu..tiap hari jengah kat psurat.tak de pun..sedihnya...