pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, March 15, 2011

AQUARIA KLCC,HIMPUNAN HIDUPAN LAUT 'LIVE'

Assalammualaikum semua...

tengahari tadi,aku ke Aquaria KLCC dengan bertemankan 2 beradik ni.mula rasa macam malas jugak.yelah penat berjaga malam jadi burung hantu...rasanya nak lepak je kat rumah.pagi tadi dah berbasikal dengan diorang ni kat taman.tapi bila Sakinah kata; 'ala ma,ari tu mama kata nak pergi Aquaria,jomlah hari ni pergi'.pergi jugaklah kan...

tu pun dah tengahari baru keluar.apa taknya dah penat main kat taman,nak tidurkan Hakimi dulu.kena kasi "cinta" dulu.nanti taklah dia meragam kat sana!

Aquaria KLCC,sapa yang rasa nak datang sini dinasihatkan janganlah berkasut tinggi.bukan apa,kalau parking kereta dalam KLCC tak apalah tapi kalau naik train,berjalan dalam KLCC tu ke Aquaria...aduhhhh...punya jauh.penat sungguh!aku memang dah tahu ni.duluuu (lama ni) dah pergi sekali.memang jauh nak berjalan.jadinya sebelum keluar rumah tadi dah pesan kat Sakinah pakai sport shoes.Hakimi pulak aku dudukkan dalam stroller.mamanya tak laratlah nak dukung...

di Aquaria ni,kita boleh melihat pelbagai spesies ikan atau pun hidupan laut yang pelbagai rupa dan saiz.pastinya ikan yang menjadi daya tarikan bagi kami ialah ikan arapaima-saiznya fuh memang besar apatah lagi kilauan sisiknya yang kemerah-merahan itu memang membuatkan dia glamour dalam lensa kamera para pengunjung.

menarik juga di sini ialah laluan dalam terowong sepanjang 90m.di sini bagai merasa diri seperti berada di dasar laut dengan sekeliling kita dihampiri oleh ikan seperti jerung,ikan pari 'giant',penyu,belut laut dan ratusan ekor ikan lain memang sangat teruja!bukanlah melihat ikan sahaja di sini.ada juga hidupan lain yang dipamerkan seperti kitaran hidup katak,hidupan coral laut,obor-obor,kuda laut,spesis ular dan sebagainya yang selama ini mampu tengok menerusi buku dan national geografi tapi di Aquaria,dapat tengok 'live'.ada tu boleh juga disentuh oleh para pengunjung.(Sakinah dan obor-obor)bergambar di sini memang tak ada masalah.poselah banyak mana yang suka.apa yang penting tidak boleh menggunakan flash.jadinya kalian tengok sendirilah foto-fotoku di sini.tapi ada jugak yang aku snap dengan flash.hihi...(salah aku kan?) yelah,tak ada flash,gambar jadi tak cantik.layan ajelah ye...(ni dah mula buat hal...dah letih)INFO:

AQUARIA KLCC
tiket: dewasa = RM 35
kanak-kanak = RM 25 (3-12thn)
-untuk cenderahati? sediakan duit sahaja.memang macam-macam ada dijual di Atlantis Souvenir Store.

AKU? cukup satu fridge magnet(ni kesukaan aku)dan sebatang pen untuk Sakinah.apa yang penting?berjaya tunaikan permintaan anak-anak.(dia pun nak pilih jugak...)ALAHAI...

2 comments:

  1. anak-anak chik na pun suka ke aquaria... Faiz da hint nak attend program bermalam di aquaria tu

    ReplyDelete
  2. wah best tu.klu dh bsr tu ok chik na.sure tk sabo ye..hihii

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala